Pas serah kepada Presiden tentukan pengganti Dr. Ahmad Samsuri

Pas serah kepada Presiden tentukan pengganti Dr. Ahmad Samsuri

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir ke perhimpunan Keturunan Tuan Lembut di Pekarangan Masjid Al-Hidayah, Kg Berhala Lima, Limbat, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menyerahkan kepada presiden untuk menentukan pemimpin yang layak menggantikan kedudukan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini Pas tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

“Presiden (Tan Sri Abdu Hadi Awang) akan kemukakan nama. Biasanya kita (Pas) akan rujuk kepada Presiden.

“Kami (Kepimpinan) sendiri tidak mengetahui perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Keturunan Tuan Lembut di Pekarangan Masjid Al-Hidayah, Kg Berhala Lima, Limbat di sini hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, beliau berharap pengganti Dr. Ahmad Samsuri dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas membuat kejutan meletak jawatan Bendahari Agung PN sehingga menimbul persoalan pelbagai pihak mengapa tindakan sedemikian diambil.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya