Pas Sabah suarakan hasrat mahu bertanding PRN

Pas Sabah suarakan hasrat mahu bertanding PRN

MOHD. Amar Nik Abdullah (dua kiri) semasa menghadiri perhimpunan Keturunan Tuan Lembut di Pekarangan Masjid Al-Hidayah, Kg Berhala Lima, Limbat, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Sabah menyuarakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) selepas tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) pada September nanti.

Naib Presiden Pas Pusat Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, pucuk pimpinan tertinggi parti ini belum membincangkan perkara tersebut secara rasmi.

“Setakat ini belum ada perbincangan rasmi, cuma kita dengar hasrat Pas Sabah untuk bertanding.

“Biasanya, bila Pas Sabah menyatakan hasrat, mereka sudah mempunyai calon,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan Keturunan Tuan Lembut di Pekarangan Masjid Al-Hidayah, Kg Berhala Lima, Limbat di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah dijangka akan diadakan selepas tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada itu September tahun ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya