MASSACHUSETTS: Sambutan tahun baharu di arked keluarga bertukar kecoh apabila sebuah paparan Lego terjatuh dan mencederakan 10 pengunjung. Kejadian berlaku di arked In the Game di Lowell Street ketika kakitangan sedang mengadakan acara pelepasan belon pada tengah hari semalam. Insiden itu dirakam dalam video yang memaparkan orang ramai, termasuk kanak-kanak berdiri di bawah jaring belon berwarna-warni. Ketika belon dilepaskan, sebuah struktur paparan Lego kelabu setinggi kira-kira 365 sentimeter (cm) terjatuh ke arah penonton, menyebabkan jeritan dan panik. Ketua Bomba Peabody, John Dowling berkata, paparan tersebut tumbang akibat ditolak oleh belon…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya