Pantai Bisikan Bayu risiko ‘lenyap’ akibat hakisan

Pantai Bisikan Bayu risiko ‘lenyap’ akibat hakisan

KEADAAN rumah penduduk yang mengalami kerosakan di Pantai Bisikan Bayu Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pantai Bisikan Bayu yang menjadi tumpuan pelancong dan popular di negeri ini berisiko ‘lenyap’ ditelan hakisan sekiranya langkah pencegahan awal tidak dilakukan segera.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hakisan pantai itu semakin ‘memburuk’ setiap kali musim tengkujuh melanda setiap tahun dan sehingga kini lebih tiga kilometer pesisirnya sudah ‘hilang’ dihanyutkan ombak sekali gus menyaksikan kecantikan kawasan tersebut semakin terhakis.

Kira-kira 10 keluarga dan 20 peniaga pesisir Pantai Bisikan Bayu turut terkesan dengan situasi itu.

Seorang penduduk, Noriza Che Hamzah Halim, 40, berkata, rumahnya di pesisir pantai itu tidak selamat diduduki sepanjang musim tengkujuh ini berikutan ombak besar dan tiupan angin kencang.

Katanya, separuh bahagian dapur rumahnya sudah pecah dan dibawa ke tengah laut selepas dihakis ombak setiap kali air laut pasang besar.

“Dahulu rumah saya ini jauh dari pantai iaitu kira-kira 150 meter, namun kini tidak sampai 10 meter. Cukup menakutkan apabila rumah bergegar dihempas ombak. Saya terpaksa pindah menumpang rumah ahli keluarga demi keselamatan.

“Saya sebelum ini mengusahakan perniagaan ikan kering yang terpaksa dihentikan buat sementara apabila semua acak tempat menjemur ikan yang telah diproses hanyut ke tengah laut,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Zailani Ahmad, 30, berkata, dia terpaksa mengikat kerusi dan meja lipat pada pokok kayu di kawasan selamat kerana bimbang barangan itu hanyut dibawa ombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya