Ops Serkap tahan 70 PATI di Pasir Puteh

Ops Serkap tahan 70 PATI di Pasir Puteh

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam serbuan di Kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Ops Serkap di Kampung Telosan di sini semalam.

Kesemua PATI berusia 3 hingga 55 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi .

Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, terdahulu anggota penguat kuasa JIM Kelantan telah menahan seorang lelaki warganegara Myanmar.

Katanya, penahanan lelaki itu membawa kepada tangkapan 69 lagi PATI termasuk kanak-kanak serta dua warga Bangladesh.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua warga asing dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, kejayaan itu hasil maklumat risikan dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan.

“Kami (JIM Kelantan) menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya