Op Samseng Jalanan: 10 motosikal disita, 111 saman dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Samseng Jalanan: 10 motosikal disita, 111 saman dikeluarkan

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan motosikal-motosikal yang ditahan dalam operasi sekitar BORR di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Sebanyak 10 motosikal disita, 111 saman dikeluarkan manakala seorang lelaki ditahan dalam satu operasi bersepadu mambenteras samseng jalanan di sekitar kawasan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di kedua-dua arah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, operasi yang bermula kira-kira pukul 6.45 petang itu membabitkan empat pegawai kanan dan 56 anggota.

Katanya, dalam operasi itu, polis telah membuat penutupan di semua laluan keluar masuk di kawasan operasi dan menahan motosikal yang berada di kawasan terbabit.

“Kebanyakan penunggang motosikal telah bersikap agresif untuk melepaskan diri dan kita menggunakan semua cara yang dianggap munasabah untuk menahan mereka yang bertindak agresif.

“Seorang lelaki turut ditahan kerana menunggang secara berbahaya dan semua motosikal telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik SPU untuk proses siasatan serta dokumentasi.

“Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti ini diminta untuk menyalurkan maklumat ini dengan menghubungi segera Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya