OKU mohon bantuan bina rumah - Utusan Malaysia

OKU mohon bantuan bina rumah

MAT Noh Mohamed menunjukkan pembinaan ruang dalam rumahnya yang terbengkalai akibat kesempitan wang di Felda Kota Gelanggi Empat di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang duda orang kurang upaya (OKU) memohon bantuan menyiapkan pembinaan rumahnya di Felda Kota Gelanggi Empat di sini.

Mat Noh Mohamed, 55, berkata, pembinaan rumahnya terbengkalai sejak tiga tahun lalu ke­rana dia kesempitan wang ekoran tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Saya mula membina rumah dengan lebihan wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 setelah menyediakan keperluan lain.

“Wang berkenaan saya simpan sedikit untuk membeli bahan binaan selepas belanja barang keperluan dapur persekolahan dan rawatan seorang anak,” katanya kepada Utusan Malaysia di Felda Kota Gelanggi Empat, semalam.

Mat Noh berkata, setelah mencukupi untuk membeli peralatan dan bahan binaan, dia membina sendiri rumah itu beransur-ansur dan kemudian tergendala lagi akibat tidak cukup wang.

Dia yang cacat tulang paha sejak kecil berkata, dalam tempoh tiga tahun, dia hanya dapat membina dinding, lantai dan rangka (besi) bumbung manakala bahagian lain belum dapat di­siapkan.

“Saya cuma dapat berteduh siang dan malam dengan anak di bilik kecil yang sendat de­ngan barang dan pakaian,” katanya.

Menurutnya, ruang dapur terdedah dengan cuaca panas dan hujan sehingga tidak selesa ketika memasak makanan.

“Saya cuma bergantung bantuan bulanan JKM untuk ber­belanja keperluan harian terma­suk menghantar rawatan secara berkala seorang anak mengalami penya­kit usus,” katanya.

Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Mat Noh menerusi talian 017-7404833.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya