NGO mahu saman pelaku pukul OKU RM1 juta - Utusan Malaysia

NGO mahu saman pelaku pukul OKU RM1 juta

TANGKAP layar video memaparkan beberapa individu memukul seorang lelaki kategori orang kurang upaya (OKU)  mental selepas terlanggar salah sebuah gerai jualan dengan motosikalnya di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) berhasrat menyaman sekumpulan individu sebanyak RM1 juta selepas dikatakan mengasari dan mencederakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) Jumaat lalu.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar, berkata tindakan itu sebagai amaran keras kepada mana-mana pihak yang menganiaya dan menindas OKU

“Saman ini adalah nilai yang perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang itu kerana bertindak di luar batas undang-undang.

“Kumpulan peguam kami akan menghubungi keluarga lelaki berkenaan bagi berbincang dan berharap mereka bersetuju untuk memulakan proses saman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Zulkarnain mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak dwi standard dalam memperjuangkan prinsip kemanusiaan.

“Kita menentang kekejaman Israel, tetapi pada masa sama kejadian menimpa lelaki OKU itu jelas menggambarkan perilaku yang serupa dengan kekejaman negara haram itu.

“Sehubungan itu, kami berharap keluarga lelaki OKU terbabit tidak menarik semula laporan polis walaupun selepas ini usaha memujuk mereka dibuat,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, G57 juga bersedia untuk melangsaikan kerugian peniaga yang terjejas akibat kesilapan yang dilakukan lelaki berkenaan.

Dalam kejadian itu di Kemaman, Terengganu,, mangsa berusia 47 tahun yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Pelanggaran itu menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.

Mangsa yang juga OKU mental dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.

Susulan kejadian, polis menahan tiga lelaki berusia 18 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya