Naratif tukar kerajaan sebelum PRU beri impak buruk pada negara

Naratif tukar kerajaan sebelum PRU beri impak buruk pada negara

AZMAIN Abidin menyampaikan bantuan sekali beri kepada salah seorang penerima di Tanah Merah, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Tindakan pembangkang yang berterusan memainkan naratif kerajaan akan bertukar sebelum pilihan raya perlu dihentikan segara kerana perkara itu boleh memberikan impak tidak baik kepada negara dari aspek kestabilan dan ekonomi.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, situasi itu akan menghakis kepercayaan pelabur untuk melabur di Malaysia sekali gus merugikan negara.

“Bila tukar kerajaan sebagaimana yang berlaku pada penggal lalu, kita lihat tidak ada pelabur yang datang ke Malaysia.

“Hal ini kerana mereka (pelabur) takut. Bila negara stabil, ramai pelabur akan datang ke Malaysia, jadi kerajaan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Sekali Beri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Putra Velly, hari ini.

Azman memberitahu, ketika ini Perdana Menteri memberikan fokus kepada kestabilan negara dalam usaha menarik pelaburan asing.

Katanya, beliau berharap pembangkang dapat menghentikan naratif itu sebaliknya bersama Perdana Menteri untuk bangunkan negara.

“Jangan sibuk untuk hancurkan negara. Nak tukar kerajaan tunggulah pilihan raya. Masa itu kita berpolitiklah,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Azman berkata, peruntukkan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berjumlah RM100,000 disalurkan ke Kelantan untuk diagihkan kepada 1,300 penerima.

Katanya, setiap penerima mendapat RM200 secara sekali beri dan mereka yang terpilih terdiri daripada pelbagai kategori termasuk asnaf dan pesakit kronik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya