Najib nafi minta Arab Saudi bantu anak tiri - Utusan Malaysia

Najib nafi minta Arab Saudi bantu anak tiri

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan meminta Arab Saudi untuk membantu anak tirinya, Riza Aziz yang sebelum ini turut dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Najib mengatakan, perbualannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi yang dipanggil `Your Highness’ pada tahun 2016 lebih tertumpu untuk membuat perjanjian pinjaman yang telah diberikan kepada penerbit filem Wolf Of Wall Street.

Minggu lalu, pihak pendakwaan ketika menyoal balas Najib telah mengemukakan transkrip perbualan Najib dengan Sheikh Mohamed Zayed yang antara lainnya `meminta’ satu perjanjian pinjaman dibuat agar dana yang diterima oleh Riza dikatakan sebagai pengubahan wang haram.

“Ia (panggilan telefon) adalah untuk menjadikan pinjaman yang telah dibayar oleh Riza sebagai satu perkara yang rasmi. Ia juga untuk mengukuhkan apa yang telah dinyatakan sebelum ini sewaktu kami makan tengah hari. (Putera Raja) menyatakan beliau ingin melabur dalam pembikinan filem Riza,” kata Najib.

Terdapat sembilan rakaman audio yang telah dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan kes itu yang turut membabitkan perbualan Najib dengan Putera Raja berkenaan.

Selain itu, bekas Presiden Umno itu turut menyatakan, bekas bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh tidak sepatutnya menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) bagi perkara yang sangat serius.

Sebaliknya, Najib berkata Mohd. Bakke sepatutnya bertemu dengannya sendiri untuk memaklumkan mengenai dakwaan salah laku kewangan dalam 1MDB.

Pada perbicaraan sebelum ini, Mohd. Bakke memberitahu telah menghantar SMS kepada Najib memaklumkan mengenai salah laku kewangan yang berlaku dalam 1MDB namun tidak mendapat sebarang balasan daripada bekas Perdana Menteri itu.

Ekoran tidak menerima sebarang balasan, Mohd. Bakke beranggapan bahawa Najib turut terlibat dalam salah laku tersebut.

Menceritakan lebih lanjut mengenai SMS yang dihantar, kandungan SMS itu adalah berhubung dua pembayaran masing-masing berjumlah AS$700 juta dan AS$300 juta bagi syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi Ltd.

“Anda tidak menghantar SMS kepada Perdana Menteri mengenai perkara serius seperti itu, anda harus memberi taklimat kepada saya jika anda fikir ia serius.

“Seperti yang anda tahu, saya sentiasa melayannya (Bakke) dengan baik. Walaupun dia meletakkan jawatan (daripada 1MDB pada akhir 2009), saya memberinya jawatan dalam Felda (menjadi CEO Felda Global Ventures Berhad atau FGV) dan dia mendapat Tan Sri (gelaran) daripada Agong, saya syorkan,” kata Najib.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya