Motac sedia bantu jemaah umrah terkandas - Utusan Malaysia

Motac sedia bantu jemaah umrah terkandas

Mangsa jemaah umrah yang terkadas berkumpul di hadapan Kementerian MOTAC berhubung isu dipercayai ditipu syarikat pengendali umrah di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bersedia membantu jemaah umrah yang menjadi mangsa dan terkandas untuk menunaikan ibadah tersebut.

Berita itu dimaklumkan peguam, Ena Awil sebagai mewakili kumpulan jemaah kes penipuan komersial terbesar melibatkan Hejira Travel and Tours Holding Sdn. Bhd.

Malah beliau yang juga penasihat undang-undang sebuah badan bukan kerajaan berkata, satu prosedur operasi standard (SOP) mengenai isu itu akan diterbitkan sebagai rujukan.

Garis panduan berkenaan ujarnya, boleh diguna pakai oleh mana-mana jemaah umrah kerana sebahagian besar tiada pengalaman dan tidak tahu apa langkah perlu dilakukan.

“Alhamdulillah, pihak Motac turut memberi jaminan bakal mengeluarkan SOP jika ada selepas ini individu yang terkandas akibat kes serupa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan khas lebih sejam dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Motac, Datuk Mohd. Yusri Mohd. Yusoff di kementerian itu.

Ena kemudian bertemu kira-kira 200 orang kumpulan jemaah Hejira dari seluruh negara yang berhimpun lebih awal secara aman menunggu perkembangan tindakan susulan.

Beliau berkata, kementerian itu memang sudah lama menyenarai hitam syarikat terbabit dan menyiarkan nama agensi umrah tersebut menerusi laman sesawang Motac.

Selain itu Ena bersedia berkongsi pelbagai bukti salah laku agensi umrah yang menipu jemaah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Ditanya mengenai perkembangan kes Hejira, mangsa katanya digesa mengisi segera notis waran bagi mengesahkan beliau mewakili mereka untuk penyelesaian isu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya