Misi diplomatik ke Belgium fokus hubungan dua hala Malaysia-EU

Misi diplomatik ke Belgium fokus hubungan dua hala Malaysia-EU

FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri meneruskan misi diplomatik ke Belgium untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta Kesatuan Eropah (EU).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jadual lawatannya di Belgium sangat padat termasuk mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Belgium, Alexander De Croo. 

Katanya, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan menyampaikan ucapan khas di College of Europe.

“Insya-Allah, segala ruang dan platform yang ada ini akan saya gunakan seluas-luasnya bagi membawa suara Malaysia yang kini Pengerusi ASEAN.

“Ia untuk menggalakkan kerjasama, sinergi pelaburan serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Lawatan ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara EU, di samping membuka peluang lebih banyak kerjasama dalam pelbagai bidang penting. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya