MBI Selangor rangka perancangan lima tahun

MBI Selangor rangka perancangan lima tahun bangun sosioekonomi negeri

MBI Selangor
SAIPOLYAZAN M YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) akan membentangkan Group Strategic Blueprint (GSB) yang merupakan perancangan lima tahunnya bagi pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini.

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Saipolyazan M. Yusop, berkata hala tuju perancangan MBI yang digagaskan dalam GSB untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pelaburan unggul di peringkat global.

“Pada tahun ini MBI Selangor komited untuk menempatkan posisi agensi itu diiktiraf sebagai pemangkin pelaburan impak utama negeri Selangor dalam memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta inovasi demi kemakmuran negeri yang berterusan.

“Justeru sebuah pelan tindakan yang dinamakan sebagai GSB bakal dilancarkan sebagai strategi tindakan jangkamasa panjang untuk merealisasikan aspirasi Thrive28 ,” katanya dalam Ucapan dan Amanat Tahun Baru 2025, semalam.

Selain itu, beliau turut memaklumkan MBI mengagihkan dana berjumlah RM71.58 juta melibatkan pelbagai program, insentif dan kemudahan kepada rakyat termasuk keusahawanan dan sukan

“Antara agihan dana melibatkan peruntukan RM10.6 juta untuk sektor pendidikan,RM8.13 juta untuk pembangunan ummah,RM500,000 untuk fasiliti data internet Selangor, RM7.29 juta untuk pembangunan komuniti dan RM9.98 juta kepada sektor kelestarian,” jelasnya.

“Sebanyak RM4 juta dana diperuntukkan untuk usahawan tempatan, RM10 juta untuk pembangunan sukan, RM2.5 juta untuk pembangunan Sabak Bernam Development Area (SABDA) dan lain-lain lagi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya