MB nasihat pentadbir, pimpinan negeri jalankan pentadbiran dengan amanah, intergriti - Utusan Malaysia

MB nasihat pentadbir, pimpinan negeri jalankan pentadbiran dengan amanah, intergriti

MOHD. Shukri Ramli melayan kanak-kanak pada Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat negeri ini yang dihadiri lebih 2,500 orang di Dewan 2020, Kangar, Perlis malam tadi.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli menasihatkan para pentadbir dan pimpinan negeri agar wajib menjalankan pengurusan pentadbiran dengan lebih amanah dan berintergriti.

Katanya, dalam memastikan Perlis terus ke arah negeri yang maju dan mampu berdaya saing, kerajaan negeri juga sedang mengusahakan pelbagai perancangan dan tindakan bagi membawa Perlis ke arah lebih baik.

Ujarnya, pelbagai sektor sedang giat dijalankan termasuklah pelaburan.

“Alhamdulillah Perlis telah menerima pelaburan baharu yang sangat menggalakkan bagi menaikkan ekonomi negeri Perlis bagi tahun sebelum ini.

“Saya mengharapkan juga rakyat Perlis mempunyai semangat dalam membaiki diri dan lebih berdikari.

“Alhamdulillah, kerajaan negeri juga sudah menyediakan pelbagai inisiatif. Hanya tinggal rakyat sendiri perlu lebih membuka minda dan sikap berdaya saing dalam mencari kejayaan dalam hidup khususnya menaikkan ekonomi diri,” katanya berucap pada Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat negeri ini yang dihadiri lebih 2,500 orang di Dewan 2020 di sini, malam tadi.

Tambah Mohd. Shukri, rakyat perlu sentiasa disantuni dan permudahkan urusan mereka tanpa birokrasi yang menyusahkan.

Mohd. Shukri seterusnya berkata, Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 bakal memasuki tahun kedua.

“Tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan agenda TMPs dan Insya-Allah kita akan kembali merancakkan lagi TMPs bagi sesi hadapan. Bagi tahun lalu, negeri ini menyasarkan kehadiran 3.5 juta pelancong dengan menambah baik lokasi pelancongan strategik.

“Pelaksanaan nafas baharu dalam sektor pelancongan oleh Exco yang baharu ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam negara. Acara seperti Pesta Angin Timur dan promosi Perlis Geopark diharap akan memperkukuh lagi sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negeri.

“Saya mengharapkan kita menggunakan peluang ini untuk menjadikan Perlis ini lebih bersih dan tunjukkan budaya menjaga
kebersihan kepada pengunjung yang hadir. Buat para peniaga sambutlah mereka dengan mesra dan tawarkan mereka harga yang berpatutan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya