Mayat lelaki tanpa identiti terapung di Sungai Damansara

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara

Mayat lelaki
POLIS membawa mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Damansara, dekat belakang sebuah gudang di Seksyen 22, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung dekat Sungai Damansara di bahagian belakang bangunan sebuah gudang di Seksyen 22, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mayat tersebut ditemukan tanpa dokumen pengenalan diri dan dipercayai bukan warga tempatan berdasarkan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette–Guérin (BCG) pada bahu kirinya.

Menurutnya, polis menerima maklumat berkenaan penemuan tersebut kira-kira pukul 11.14 pagi sebelum menemukannya dalam keadaan berpakaian baju T berwarna merah dan hitam serta berseluar berwarna gelap.

“Siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki identiti tidak diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat. Simati yang dijumpai dalam keadaan tertiarap.

“Pemeriksaan ke atas badan simati juga mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh simati yang boleh menyebabkan kematian simati,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, mayat kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat yang dibuat bermula pukul 10 pagi hari ini bagi mengenal pasti punca kematian simati dalam kes ini.

“Siasatan dijalankan di bawah laporan kematian mengejut (SDR). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN