Marilyn Manson bebas tuduhan serangan seksual - Utusan Malaysia

Marilyn Manson bebas tuduhan serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Marilyn Manson, 56, akhirnya bebas tuduhan rogol dan keganasan seksual yang sebelum ini bertahun-tahun dihadapi penyanyi Rock tersebut.

Peguam, Nathan Hochman, memaklumkan hal demikian disebabkan pendakwa raya tidak memiliki bukti yang mencukupi untuk menyabitkan pemilik nama sebenar Brian Warner itu dengan jenayah berkenaan, justeru pendakwaan terhadapnya, digugurkan.

“Kes ini sudah terlalu lama dibicarakan dan bukti tidak mencukupi untuk mengaitkan tertuduh dengan jenayah yang difailkan terhadap beliau.

“Namun kami menghargai keberanian wanita yang tampil berkongsi pengalaman dan membuat laporan, terima kasih atas kerjasama dan kesabaran mereka sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Manson mula disiasat pada tahun 2021 berhubung jenayah berkaitan yang dikatakan berlaku di West Hollywood antara 2009 hingga 2011.

Siasat bermula susulan aduan yang difailkan pelakon drama Westworld, Evan Rachel Wood yang mendakwa dikasari secara seksual oleh Manson.

Dalam tempoh siasatan dijalankan, polis menggeledah kediaman Manson yang terletak di bandar berkenaan.

Kes tersebut, pada tahun yang sama telah diserahkan kepada pendakwa raya pada September 2021, bagaimanapun, Pejabat Peguam Daerah Los Angeles mengarahkan agar siasatan lanjut dijalankan bagi mengumpul bukti.

Peguam, Howard King dalam pada itu menyambut baik pengguguran kes tersebut.

“Selepas siasatan bertahun-tahun dilakukan, kami lega kerana akhirnya Manson dibuktikan tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya