Malaysia, UAE meterai perjanjian perdagangan bebas pertama - Utusan Malaysia

Malaysia, UAE meterai perjanjian perdagangan bebas pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencatat sejarah baharu apabila menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (MY-UAE CEPA) sempena Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini merupakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC).

“Saya bersama Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi berkesempatan menyaksikan pemeteraian perjanjian ini yang dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan lebih kukuh antara kedua-dua negara.

“MY-UAE CEPA juga membuka ruang kerjasama ekonomi lebih mendalam termasuk penghapusan atau pengurangan tarif serta peningkatan akses pasaran.

“Ini bakal memacu eksport dan mewujudkan peluang pelaburan baharu bagi sektor-sektor utama,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, semalam.

Anwar berkata, perjanjian ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE, malah memberi impak positif kepada hubungan perdagangan dengan negara-negara Teluk yang lain.

“MY-UAE CEPA akan membuka peluang kerjasama ekonomi yang lebih mendalam termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dan peningkatan akses pasaran yang bakal memacu eksport dan mewujudkan peluang pelaburan baharu bagi sektor-sektor utama,” katanya.

Beliau juga turut menjemput Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2 dan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya