Malaysia, Sweden bekerjasama tangani penyakit jarang jumpa

Malaysia, Sweden bekerjasama tangani penyakit jarang jumpa

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menjalin kerjasama dengan Sweden sebagai usaha membangunkan Dasar Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan yang dijangka siap pada suku pertama 2025.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perbincangan yang diadakan bersama Duta Besar Sweden, TYT Niklas Wiberg dan Pesuruhjaya Perdagangan Sweden, Ludwig Hermansson semalam mengenengahkan peluang untuk bekerjasama dalam menangani penyakit itu.

Katanya, sebanyak RM25 juta juga telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 bagi membantu dalam pelaksanaan inisiatif itu.

“Perbincangan kami menjurus kepada peluang kerjasama dalam menangani penyakit jarang jumpa, seiring dengan usaha Malaysia membangunkan Dasar Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan.

“Sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 untuk inisiatif ini, namun sumbangan filantropi amat penting bagi memperluaskan dana yang tersedia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, kolaborasi dalam sektor peranti dan teknologi perubatan turut dibincangkan melihat kepada potensi melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia.

“Sweden boleh meningkatkan pelaburan di Malaysia dengan sokongan infrastruktur berkualiti, pendidikan yang baik, tenaga kerja berkemahiran tinggi, dan komitmen terhadap tenaga hijau.

“Kerjasama seperti ini amat penting untuk memperkukuh sektor kesihatan negara kita. Terima kasih kepada Sweden atas sokongan dan komitmen mereka terhadap agenda kesihatan global dan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya