Malaysia sasar jadi pembekal minyak sawit terbesar

Malaysia sasar jadi pembekal minyak sawit terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bersedia menjadi pemain industri terbesar dalam pembekalan minyak sawit di Asia Tengah, khususnya Pakistan pada masa hadapan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau menerima banyak pandangan daripada penggiat industri di negara itu untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dan mereka sedia menjadi hab untuk eksport produk sawit di rantau berkenaan.

“Saya baru sahaja habis berdialog dengan pemain industri tulen di Pakistan yang bertanggungjawab dalam pengedaran tiga juta tan metrik minyak sawit dan mereka mahu Malaysia-Pakistan bekerjasama lebih erat dan menjadi pengedar utama produk minyak sawit ke negara ini.

“Tiga syarikat Malaysia iaitu FGV Holdings Bhd., IOI Corporation Bhd. dan Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) telah berjaya mengadakan kerjasama perniagaan sawit di negara ini untuk tempoh 10 tahun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Johari mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi perbincangan meja bulat bersama penggiat utama industri minyak dan lemak Pakistan.

Johari berkata, kerjasama Malaysia-Pakistan dalam sektor minyak sawit digambarkan melalui perkongsian yang berjaya dan memberitahu contoh projek kerjasama dengan Pihak Berkuasa

Pelabuhan Qasim memainkan peranan penting dalam memodenkan industri minyak masak Pakistan.

“Ia bermula dengan terminal tangki penyimpanan 16,000 tan metrik dan berkembang menjadi sistem komprehensif, merangkumi kilang penapisan moden, pengekstrakan pelarut dan terminal kargo cecair yang kini mengendalikan lebih 90 peratus minyak sawit yang memasuki Pakistan.

“Kapasiti penyimpanan keseluruhan melebihi 200,000 tan metrik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya