Makmal sindiket antarabangsa proses dadah terbesar digempur

Makmal sindiket antarabangsa proses dadah terbesar digempur

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegiatan pemprosesan dadah di makmal haram terbesar yang didalangi sindiket antarabangsa sejak bulan lalu tumpas selepas digempur polis, Khamis lalu.

Siri serbuan di sekitar negeri ini dan Kuala Lumpur itu membawa kepada rampasan 832.9 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai hampir RM118 juta.

Operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman turut memberkas seorang lelaki warga tempatan, 10 lelaki warga Taiwan dan seorang wanita Thailand berusia berusia 20 hingga 50 tahun, selain merampas 15 pucuk pistol, satu laras senapang mesin gan ringan dan 900 butir peluru.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, serbuan pertama melibatkan sebuah gudang di Puncak Alam dan tangkapan lapan lelaki Taiwan disyaki ahli kimia yang sedang memproses dadah, kira-kira pukul 2.20 petang.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut menemukan 306 kg dadah jenis Erimin 5 dan 183.7 kg ekstasi selain peralatan memproses dadah serta pelbagai jenis bahan kimia.

“Serbuan kedua dilakukan pukul 2.30 petang di sebuah premis di Pusat Dagangan Puncak Alam Jaya dan menahan dua lagi lelaki warga Taiwan dan seorang wanita warga Thailand.

“Susulan tangkapan itu, suspek memandu arah polis ke sebuah rumah di Desa Park City Kuala Lumpur yang dijadikan stor simpanan hasil pemprosesan dadah lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini. 

Menurut Kok Chin, pihaknya kemudian turut memberkas seorang lelaki tempatan yang disyaki berperanan sebagai kordinator di sebuah rumah di Taman Balakong Jaya, Seri Kembangan. 

“Hasil saringan awal air kencing mendapati tiga suspek positif dadah manakala rekod 

Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman (MJIB) mendapati enam mereka mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Tambah beliau, sindiket itu menjadikan gudang di kawasan perindustrian sebagai tempat pemprosesan dadah dan rumah sewa dijadikan stor penyimpanan.

“Kita percaya sindiket itu mula aktif sejak awal Disember tahun lalu dan memproses dadah dalam dan luar negara termasuk Jepun serta Kemboja. Sumber dadah dipercayai dari negara jiran di utara dan sindiket dalam proses untuk mengedarkan dadah berkenaan,” katanya.

Ujar Kok Chin, polis turut melihat pelbagai sudut sama ada senjata yang dirampas dibawa masuk ke negara ini bagi kegunaan peribadi ketika berurus niaga dadah atau tujuan lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya