LKIM tambah peruntukan kuota sejuta liter diesel nelayan di Perak

LKIM tambah peruntukan kuota sejuta liter diesel nelayan di Perak

MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumumkan penambahan kuota minyak diesel sebanyak sejuta liter untuk nelayan di negeri ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, penambahan itu untuk menyokong nelayan kerana negeri ini mempunyai vesel yang banyak terutama bagi jenis Bot B dan C yang mampu menangkap hasil yang lebih banyak dan besar.

Katanya, penambahan kuota diesel subsidi itu juga akan mengukuhkan lagi aktiviti tangkapan ikan di Perak dan membantu menstabilkan bekalan ikan di pasaran terutamanya pada musim perayaan. 

“Perak merupakan salah satu negeri yang memiliki ramai nelayan dan keperluan minyak diesel untuk kelancaran operasi mereka sangat tinggi. Oleh itu, LKIM membuat keputusan untuk menambah kuota sebanyak satu  juta liter diesel bermula Februari ini di Perak,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian sumbangan peralatan sekolah kepada anak nelayan di Tanjung Piandang di sini semalam.

Menurutnya, LKIM akan memastikan bekalan ikan mencukupi untuk keperluan pengguna sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan hampir 1,600 metrik tan ikan yang terdiri daripada ikan import dan hasil tangkapan tempatan.

 “LKIM membuat persediaan rapi dan bekerjasama dengan persatuan nelayan serta syarikat swasta untuk memastikan bekalan ikan mencukupi sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Dengan stok yang ada, kami yakin bekalan ikan akan mencukupi dan harga dapat distabilkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya