Mayat lelaki warga Indonesia ditemukan di Sungai Langat - Utusan Malaysia

Mayat lelaki warga Indonesia ditemukan di Sungai Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki warga Indonesia berusia 20-an ditemukan di Sungai Langat, Bandar Baru Bangi, malam semalam selepas dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai semasa menjala ikan pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa dilaporkan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai semasa menjala kira-kira pukul 9.58 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah diaktifkan sejurus menerima laporan berkenaan.

“Selepas dua hari operasi dijalankan, pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat lelaki berkenaan yang terapung sejauh 18 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, sekitar pukul 10 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam insiden ini, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya