Lelaki tampar kakitangan Puspakom akan didakwa esok - Utusan Malaysia

Lelaki tampar kakitangan Puspakom akan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori yang tular akibat menampar kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), minggu lalu, akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 59 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini.

“Kertas siasatan berhubung kes tular itu sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada Isnin lalu.

“Polis telah mendapat arahan pertuduhan terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Pada 16 Januari lalu, akhbar melaporkan, seorang lelaki menampar seorang kakitangan Puspakom Johor Bahru, November lalu hanya kerana lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis pusat pemeriksaan kenderaan di Taman Daya, di sini sebelum tular di media sosial minggu lalu.

Raub dilaporkan berkata, mengesahkan kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang, 18 November lalu dan pihaknya telah menerima laporan mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun.

“Dia bertindak menampar mangsa selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan oleh mangsa,” katanya.

Menurutnya, orang ramai menasihatkan supaya tidak terus menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya