SURAT, India: Seorang lelaki di Gujarat, India sanggup memotong empat jarinya kerana mahu mengelak daripada terus bekerja sebagai operator komputer di syarikat milik keluarga. Insiden mengejutkan itu terdedah selepas Mayur Tarapara, 32, datang ke balai polis Surat untuk membuat laporan mengenai empat jari kirinya terpotong. Lelaki itu mendakwa, jarinya terputus dalam kemalangan motosikal ketika perjalanan ke rumah rakan. Mayur mendakwa, dirinya pengsan di tepi jalan dan sebaik sedar 10 minit kemudian, dia mendapati empat jari kiri sudah terputus. Polis yang menerima laporan lelaki itu pada awalnya mengesyaki jari Mayur dicuri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya