Lelaki mati ditembak depan restoran - Utusan Malaysia

Lelaki mati ditembak depan restoran

PEGAWAI dan anggota polis melakukan siasatan kes seorang lelaki yang ditembak mati di hadapan sebuah restoran di Jalan Setia 3/2 Taman Setia Indah, Johor Bahru. Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati ditembak di hadapan sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berada di luar restoran tersebut selepas selesai makan tengah hari.

Difahamkan, tidak lama kemudian datang seorang lelaki yang menunggang motosikal  berwarna merah melepaskan beberapa das tembakan ke arah
mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun dan pihaknya masih menyiasat motif kejadian termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Jelas beliau, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya