BANGKOK: Seorang lelaki mengejutkan ahli keluarga apabila pulang ke rumah semasa mereka sedang mengadakan upacara pengebumian untuknya di wilayah Isaan, Thailand. Kekeliruan itu dipercayai berpunca daripada kesilapan polis dalam mengenal pasti identiti mayat yang ditemukan. Ini susulan siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang tidak dikenali pada 18 Januari lalu oleh Balai Polis Borrabue, di mana hasil siasatan awal merumuskan mangsa adalah Phet, seorang penduduk daerah Sawang Dandin di wilayah Sakon Nakhon. Mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Khon Kaen untuk bedah siasat bagi mengesahkan identiti dan punca kematian. Namun, sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya