Lebih 1,200 anak pokok kelapa, rambutan sakit dirampas

Lebih 1,200 anak pokok kelapa, rambutan sakit dirampas

LORI yang membawa anak pokok kelapa dan rambutan berpenyakit berjaya dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,200 anak pokok kelapa dan rambutan seludup yang disyaki berpenyakit selepas menahan sebuah lori di Kampung Telaga Bata, di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 3 petang itu, PGA turut menahan pemandu lori dan kelindan masing-masing berusia 37 tahun bagi membantu siasatan berkaitan rampasan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori tersebut telah menjumpai lebih 1200 anak pokok jenis kelapa dan rambutan yang dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tumbuhan itu disyaki mempunyai penyakit dan serangga perosak dari negara jiran.

“Kesemua barangan rampasan dan suspek telah dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 212,500.00 termasuk lori,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya