Lapan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar terlibat kemalangan

Lapan pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar terlibat kemalangan

al-azhar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Education Malaysia Egypt (EME) mengesahkan lapan orang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar terlibat kemalangan kereta ketika dalam perjalanan rehlah ke Port Said kira-kira jam 12 tengah hari.

EME dalam kenyataan memaklumkan, lima orang pelajar, Muhammad Firdaus bin Yacob, Muhammad Adli Fitri bin Mohd Anuar, Shahrul Aiman bin Jaafar, Muhammad Zulfiqar bin Ahmad Tarmizi, dan Muhammad Hazieq Badrisyah bin Norhamedon, mengalami luka-luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Manakala tiga orang pelajar, Muhammad Zafri bin Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi bin Nazri, dan Muhammad Rais Zafran bin Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.

“Insiden ini juga mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said, Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani, dan Madam Syaima’ Al Huseini untuk membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudahcarakan pengurusan bersama pihak hospital.

“Menjelang awal pagi hari ini, tiga orang pelajar yang dirawat dalam wad telah selamat dibawa ke hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut.

“EME mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat akan sembuh seperti sedia kala dan diberikan kekuatan sepanjang perawatan,” katanya.

EME juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti agar terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN