Lanjut tempoh pajakan tanah Pulau Pinang disambut baik - Utusan Malaysia

Lanjut tempoh pajakan tanah Pulau Pinang disambut baik

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Pelanjutan tem­poh pajakan tanah kepada 99 tahun serta diskaun premium untuk permohonan pajakan itu oleh kerajaan Pulau Pinang mendapat sambutan baik daripada penduduk khususnya pemegang pajakan yang berkenaan setakat ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika mengakui perkara itu berkata, beliau gembira dengan maklum balas positif yang diterima oleh semua responden termasuk semasa sesi dialog terbaharu yang diadakan di Kampung Valdor di sini, kelmarin.

“Kami (kerajaan negeri) komited untuk mendengar dan mengambil tindakan terhadap kebimbangan pemegang pajakan (susulan pelanjutan serta pemberian diskaun untuk tempoh pajakan itu).
“Apapun, saya berharap agar mereka yang hadir hari ini (kelmarin) berpuas hati dengan penjelasan serta maklum balas yang kami berikan,” katanya.

Sesi dialog selama satu jam telah diadakan bersama pemegang pajakan di situ kelmarin yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Goh Choon Aik serta pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri bagi memperjelaskan secara terperinci mengenai isu terbabit.

Menurut Kon Yeow, ketika ini, pemegang pajakan di Pulau Pinang boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka kepada mana-mana tempoh sama ada 30 atau 60 tahun dengan kelayakan maksimum sehingga 99 tahun.

Malah katanya, diskaun premium iaitu sehingga 90 peratus akan diberi berdasarkan nilai semasa tanah seperti yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 2023.

“Dalam hal ini, saya berharap agar semua pemegang pajakan yang berkenaan segera mengambil peluang yang diberi menerusi diskaun premium ini kerana ia akan memberi manfaat besar kepada mereka.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya