Ladang solar TNB di UK, Ireland serlah kepakaran Malaysia - PM - Utusan Malaysia

Ladang solar TNB di UK, Ireland serlah kepakaran Malaysia – PM

ANWAR Ibrahim pada pelancaran produk oleh YTL Group UK.-fb ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelancaran ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 megawatt (MW) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di United Kingdom (UK) mempamerkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ladang solar berkenaan menekankan tentang kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN yang akan memberi manfaat kepada teknologi baharu dalam memajukan peralihan tenaga rantau ini.

“Justeru, usaha dalam bidang ini termasuk di UK, pasti bermanfaat disokong dengan kajian dan penerokaan (TNB) dan daya cipta daripada pemain korporat serta para profesional bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE) .

“Hatta impaknya nanti akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang sekaligus meletakkan Malaysia sebagai destinasi industri peralihan tenaga utama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Untuk rekod, perbadanan utiliti nasional itu mempunyai portfolio kasar RE (terutamanya daripada aset penjanaan tenaga solar dan angin) berjumlah 1.3 gigawatt (GW) dalam operasi dan pembangunan di seluruh UK dan Ireland, serta 3.2 GW di Semenanjung Malaysia (termasuk 2.5 GW hidro besar).

Bunkers Hill di Rotherwick (66.7 megawatt puncak (MWp) dan Eastfield di Harbury (35 MWp) itu merupakan ladang solar canggih dan inovatif.

Kedua-dua ladang solar dengan gabungan kapasiti 102 MW itu disasar mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada awal tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar meneruskan lawatan kerja ke UK dengan mengadakan pertemuan bersemuka bersama beberapa syarikat utama di negara itu.

Menurutnya, ia melibatkan syarikat Standard Charted PLC, Jaguar Land Rover Automotive PLC, Raw Energy dan Yondr.

“Platform ini kritikal bagi memperbaharui dan juga menerokai peluang perniagaan, pelaburan dan perdagangan di Malaysia. Moga pertemuan ini dapat melonjakkan prestasi ekonomi negara ke tahap lebih baik, insya Allah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Anwar dan delegasi sempat singgah di Battersea Power Station yang dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, ketersediaan segala infra di sana mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) itu ke tahap lebih tinggi di masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya