Ladang Satelit Ehsan Tani hasil 50 tan cili merah

Ladang Satelit Ehsan Tani hasil 50 tan cili merah

Cili merah
MOHAMAD Sabu menunjukkan tanaman cili yang dihasilkan menerusi Ladang Satelit Ehsan Tani dekat Sungai Kelambu, Banting, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tanaman cili merah menerusi Ladang Satelit Ehsan Tani di atas tanah berkeluasan empat hektar, di sini, menyumbang pengeluaran 50 tan hasil pertanian itu sejak projek tersebut bermula pada Ogos lalu yang melibatkan 20 peserta dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek tersebut adalah satu inisiatif pertanian yang sangat berpotensi dan berperanan penting dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara, khususnya cili merah.

Menurutnya, kementeriannya optimis pelaksanaan projek bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu mampu mengurangkan kebergantungan kepada import produk pertanian dari negara luar seperti China.

“Dengan kerjasama erat antara komuniti Sungai Kelambu dan pengurusan Pusat Pertanian Komuniti (PPK) Kuala Langat, projek itu turut bertujuan memberikan sumbangan besar dalam memperkasa komuniti tempatan serta meningkatkan hasil pertanian melalui penggunaan teknologi moden.

“Sebanyak 40,000 polibeg cili ditanam dalam projek ini yang dijangka akan memberi hasil yang optimum dan berkualiti tinggi,” katanya kepada pemberita pada Lawatan Kerja ke Projek Ladang Satelit Ehsan Tani, hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Mohamad Sabu memberitahu kementeriannya sedang memberi fokus kepada peningkatan produktiviti beras negara.

“Sekarang kita cuba perkasakan semula sawah padi dengan pelbagai cara. Termasuk melaksanakan tanaman padi lima musim yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri sama ada bulan ini atau pada Februari,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya