Kunci air belum siap jejas musim padi

Kunci air belum siap jejas musim padi

PENDUDUK menunjukkan kunci air yang dalam pembinaan di Labu Kubong di Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pesawah di Labu Kubong mengalami kerugian ratusan ribu ringgit sejak empat hingga lima musim penanaman apabila padi tidak dapat ditanam berikutan sawah dipenuhi air yang didakwa berpunca daripada pembinaan kunci air di kawasan itu yang masih belum disiapkan sepenuhnya.

Ketua Kampung Labu Kubong, Yusof Ahmad, 58, berkata, pesawah menyambut baik pembinaan kunci air yang berfungsi menyekat air dari Sungai Sengkuh daripada masuk ke kawasan sawah terutama semasa air pasang, namun keadaannya yang hingga kini tidak siap mendatangkan masalah kepada pesawah apabila air sawah tidak dapat dialirkan keluar hingga mengakibatkan sawah ditakungi air.

Katanya, situasi itu menyebabkan pesawah tidak dapat menanam padi apabila petak tidak boleh dikeringkan kerana air tidak dapat dialirkan keluar.

“Kita buat bendang, apabila air pasang air dan masuk ke sawah, air tak boleh keluar, petak sawah dibanjiri air dan padi tak tumbuh, pesawah cuba tabur benih baharu namun tidak boleh tumbuh disebabkan tanah berair.

“Dalam tempoh empat hingga musim penanaman lalu, kami tiada hasil langsung Saya anggarkan dalam tempoh berkenaan, alami kerugian RM100,000 atau kira-kira RM20,000 semusim.

“Semaklah di pusat jualan padi, tiada hasil padi dapat dituai di kawasan sawah Labu Kubong dan tiada subsidi kami dapat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, kerja menuai padi di kawasan yang boleh ditanam juga berdepan masalah apabila jentera pemotong padi terbenam dalam tanah malah kerja menaikkan jentera pemotong mengambil masa berhari-hari.

“Keadaan itu boleh menjejaskan jadual memotong padi untuk pesawah yang lain. Jentera memotong padi terbenam dalam tanah disebabkan tanah lembut kerana air bertakung dan tidak boleh dialirkan keluar, justeru saya harap kerja pembinaan kunci air segera disiapkan supaya masalah dihadapi pesawah dapat diatasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya