Kren pengangkat ‘bangunkan’ bapa, ibu sakit

Kren pengangkat ‘bangunkan’ bapa, ibu sakit

KREN pengangkat sebagai alat bantu bagi memudahkan urusan mengangkat pasangan suami isteri yang lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri di Felda Keratong 6 di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Enggan membebankan anak-anak mengangkatnya setiap hari, seorang bapa di Felda Keratong 6 di sini, menyediakan kren pengangkat sebagai alat bantu memudahkan urusan mereka.

Alat bantuan tersebut bukan sahaja untuk mengangkat Ishak Ahmad, 70, yang lumpuh akibat penyakit saraf sejak lima tahun lalu malah isterinya, Basariah Husin, 63, yang tidak lagi mampu mengurus diri selepas diserang angin ahmar, tiga tahun lalu.

Anak pasangan tersebut, Aisyah, 26, berkata, bapanya mengambil inisiatif tersebut kerana tidak mahu membebankan anak-anak yang terpaksa mengangkat mereka setiap hari.

“Saya dan abang (Muhammad Fitri) serta adik bongsu (Muhammad Aiman) mengurus segala keperluan ayah dan ibu dan boleh katakan mencabar untuk angkat mereka berdua.

“Tapi, bila ayah mencadangkan supaya kren dipasang pada bumbung rumah untuk memudahkan, kami adik-beradik rasa lega,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sebelum ini, Aisyah memuat naik rakaman video di TikTok tentang penggunaan kren mengangkat ibu bapa yang tiada keupayaan bergerak.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, alatan itu dibeli pada harga RM340 melalui platform dalam talian dan dipasang sendiri.

Menurutnya, mereka kemudian membuat kain sokongan khas dengan menempahnya dengan tukang jahit bagi memudahkan proses mengangkat dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya