Kos pengambilan tanah untuk LRT Laluan Mutiara pada kadar nominal - Utusan Malaysia

Kos pengambilan tanah untuk LRT Laluan Mutiara pada kadar nominal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kementerian Pengangkutan akan memastikan kos pengambilan tanah untuk Projek Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara kekal pada kadar nominal bagi meminimumkan beban kepada Kerajaan Pusat.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perundingan tegas bersama kerajaan negeri Pulau Pinang akan dilaksanakan bagi mencapai hasrat itu.

“Saya ada mendapat arahan daripada Perdana Menteri dan Kabinet, walaupun Ketua Menteri daripada parti yang sama dengan saya, tetapi, mesti berunding dengan tegas bersama kerajaan negeri supaya dari segi kos tanah juga nominal kepada Kerajaan Pusat.

“Saya boleh memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri, saya akan berunding atas kapasiti Menteri Pengangkutan bukan atas kapasiti parti kami. Saya akan mempertahankan kepentingan
Kerajaan Pusat,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek LRT Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang, di sini hari ini.

Majlis pecah tanah projek LRT Laluan Mutiara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anthony, projek LRT Laluan Mutiara meliputi jajaran sepanjang 29.5 kilometer (km), merangkumi 21 buah stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang atau Penang South Reclamation Island-A (PSR-A).

Beliau berkata, satu daripada penambahbaikan utama bagi projek LRT Laluan Mutiara ini adalah sambungan stesen terminus dari Komtar ke Penang Sentral, meningkatkan kesalinghubungan penduduk di kedua-dua belah Selat Pulau Pinang.

“Projek LRT Laluan Mutiara dirangka dengan visi yang jelas untuk menyokong perkembangan masa depan dengan potensi sambungan laluan ke kawasan-kawasan penting seperti Tanjung Bungah dan Air Hitam, menerusi stesen pertukaran di Komtar.

‘Ini akan menjadikan Komtar sebagai hab pertukaran utama bagi pengangkutan awam di Pulau Pinang,” katanya.

Selain itu, Anthony berkata, kerajaan juga cakna akan maklum balas daripada rakyat berkenaan penjajaran Projek LRT Laluan Mutiara untuk lebih memenuhi keperluan komuniti setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya