BEIJING: Korea Utara membuka semula bandar sempadannya kepada pelancong asing bermula kelmarin, selepas lima tahun ditutup susulan penularan pandemik Covid-19. Korea Utara menutup sempadannya pada awal 2020 untuk mengekang penyebaran wabak dan kemudiannya memperkukuh kawalan di sepanjang sempadan utaranya dengan China bagi menghalang rakyatnya daripada memasuki negara itu secara haram. Sejak itu, Pyongyang membuka semula sempadan untuk beberapa urusan perdagangan dan delegasi rasmi. Tahun lepas, Korea Utara membenarkan pelancong dari Russia memasuki negara itu buat kali pertama sejak pandemik melanda. Menurut beberapa pengendali pelancongan, pelancong asing kini dibenarkan melawat Rason,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya