Kilang kitar semula punca air sungai jadi merah jambu

Kilang kitar semula punca air sungai jadi merah jambu

Sungai merah jambu
KEADAAN air merah jambu di Sungai Kabul, Beranang, di Hulu Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelepasan efluen dari sebuah kilang kitar semula plastik menjadi punca menyebabkan air Sungai Kabul, Beranang bertukar menjadi merah jambu semalam.

Pencemaran sepanjang kira-kira 500 meter itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang menjalankan rondaan dan pemantauan rutin, kira-kira pukul 6.40 petang.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan itu pukul 7 malam dann mendapati air merah jambu itu berpunca sebuah kilang kitar semula berhampiran.

“Berdasarkan pengakuan awal, pihak premis itu menyatakan berlaku insiden pelepasan efluen yang tidak disengajakan.

“Pemeriksaan memfokuskan kepada kawasan penstoran bahan mentah, pembuatan, loji rawatan efluen dan penstoran sisa pukal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Nor Aziah, pihaknya telah mengambil dua sampel daripada kilang itu bagi analisa Jabatan Kimia Malaysia.

“Selain diarah membersihkan sungai terlibat, premis itu dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(a) (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Siasatan lanjut masih sedang dijalankan mengikut Seksyen 25 akta sama,” ujarnya.

Sementara itu, LUAS dalam maklumannya memberitahu, aliran tercemar berkenaan berpotensi memberi impak kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada jarak 16.3 kilometer.

“Kilang itu diarah menghenti dan menutup pelepasan secara serta merta mengikut Seksyen 121 (1) Enakmen LUAS 1999. LUAS turut mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Kabul dengan kekerapan setiap 30 minit dan memantau rapi kerja pembersihan sehingga selesai,” katanya.

Bagaimanapun, semakan menerusi Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) tiada henti tugas mana-mana Loji Rawatan Air (LRA) yang berpunca daripada insiden tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya