Kes ugut anak menteri: Kertas siasatan dirujuk pendakwa raya

Kes ugut anak menteri: Kertas siasatan dirujuk pendakwa raya

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah melibatkan anak seorang menteri, yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan berkenaan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 6 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Tegasnya, PDRM sentiasa komited dalam menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam pelanggaran undang-undang, walaupun membabitkan individu berprofil tinggi.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut selepas laporan polis dibuat pengadu pada 1 Januari lalu.

“Saya ingin menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi atau melindungi sesiapa pun yang melanggar undang-undang, meskipun ia melibatkan ahli keluarga menteri.

“Kita (polis) akan memastikan mereka yang bersalah diheret ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, polis sudah merakam keterangan daripada semua pihak berkaitan dan siasatan kini dalam proses mendapatkan laporan pemeriksaan kandungan wanita yang mendakwa diugut oleh anak menteri terbabit.

“Selain itu, siasatan awal mendapati anak menteri tersebut telah menikahi wanita yang dilaporkan mengandung, seperti yang ditularkan pada September tahun lalu.

“PDRM kini menunggu pengesahan sijil perkahwinan mereka bagi memperkukuhkan siasatan,” jelasnya.

Tambah Razarudin, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ugutan jenayah.

Sebelum ini, tular dalam Telegram dakwaan mengenai seorang wanita yang diugut oleh anak seorang menteri ketika meminta lelaki itu bertanggungjawab terhadap kandungannya yang didakwa berusia tujuh minggu.

Kejadian dikatakan berlaku pada 24 Disember lalu di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, ketika anak menteri terbabit berbincang dengan wanita itu bersama beberapa saksi lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya