Kes senjata Yusoff Rawther dibicara bersama kes dadah - Utusan Malaysia

Kes senjata Yusoff Rawther dibicara bersama kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes memiliki pistol tiruan yang dihadapi oleh Muhammed Yusoff Rawther yang merupakan bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim akan dibicarakan bersama dengan kes mengedar dadahnya.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman.

Terdahulu, Mohd. Sabri menyatakan kes dakwaan memiliki senjata api tiruan terhadap tertuduh sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun, berikutan tertuduh juga mempunyai pertuduhan lain iaitu atas dakwaan mengedar dadah, pihak pendakwaan memohon agar kedua-dua dapat dibicarakan pada mahkamah yang sama.

“Pihak pendakwaan menggunakan peruntukan Seksyen 25(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1994, dibaca bersama Seksyen 95 Akta Prosedur Jenayah supaya kes ini dibicarakan bersama Mahkamah Tinggi Jenayah Empat (hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin),” katanya.

Terdahulu, Muhammed Yusoff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, di sebuah kondominium, Jalan Bukit Kiara pada 6 September 2024.

Tertuduh didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi, 6 September 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Muhammed Yusoff juga didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, pada tarikh yang sama, 6 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya