Kerja naik taraf bantu kurangkan jalan sesak hingga 90 peratus - Utusan Malaysia

Kerja naik taraf bantu kurangkan jalan sesak hingga 90 peratus

JOSEPH Ng Soon Siang (tengah) menunjukkan jalan di persimpangan Jalan Air Itam dan Persiaran Abdullah Ariff dari pusat bandar menuju ke kawasan Air Itam di George Town, Pulau Pinang telah siap sejak hujung tahun lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerja-kerja naik taraf dan pembaikan jalan di persimpangan Jalan Air Itam dan Persiaran Abdullah Ariff dari pusat bandar menuju ke kawasan Air Itam di sini telah siap sepenuhnya sejak penghujung tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, kesesakan trafik di kawasan berkenaan dipercayai akan dapat dikurangkan sehingga 90 peratus dengan kerja naik taraf tersebut.

Beliau berkata, kerja-kerja naik taraf itu termasuk pembinaan lorong tambahan (shelter lane) untuk pusingan kanan dari Jalan Air Itam ke Persiaran Abdullah Ariff selain mengekalkan dua lorong bebas aliran (free flow lane) yang menuju ke pusat bandar Air Itam.

“Selain itu, jalur pemisah tengah (center median) dan pembatas jalan (road kerbs) di sepanjang Jalan Air Itam juga telah disusun semula dan dinaik taraf untuk memastikan aliran trafik dua hala lebih lancar.

“Beberapa papan tanda ba­ru juga telah dipasang di sepanjang jalan itu untuk mem­berikan panduan trafik yang lebih jelas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masalah trafik yang membelenggu penduduk kawasan itu selama lebih 10 tahun kini dapat diselesaikan menerusi kerja-kerja menaik taraf serta melebarkan jalan berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya