Kereta terbabas, pemandu lemas dalam parit - Utusan Malaysia

Kereta terbabas, pemandu lemas dalam parit

ORANG ramai dan anggota polis membantu mengeluarkan mangsa dari keretanya yang terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Parit Limbong Darat, Parit Jawa, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam parit di Jalan Parit Limbong Darat, Parit Jawa, dekat sini petang semalam.

Mangsa, Mohd. Hafis Mohamad Ali, 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas apabila terperangkap dalam kereta Proton Saga Iswara dipandunya.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukliz Azman Aziz, hasil siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2 petang itu dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Sri Tanjung menuju ke Parit Jawa.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu telah hilang kawalan lalu keretanya terbabas masuk ke dalam parit di bahu kanan jalan dan terbalik. Pemandu dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan polis yang tiba di lokasi kejadian.

“Malangnya, pemandu kereta berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan di tempat kejadian dipercayai akibat lemas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya