PETALING JAYA: Kerang terdampar di pesisir pantai Terengganu adalah fenomena alam biasa apabila angin kencang, ombak besar dan struktur pantai berubah berlaku. Pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Roslizawati Ab. Lah berkata, fenomena itu bukan petanda sesuatu bencana yang buruk bakal berlaku, sebaliknya ia sebahagian daripada proses yang berlaku hampir setiap tahun semasa musim monsun. Jelasnya, kerang-kerang yang terdampar di pantai Terengganu itu juga selamat untuk dimakan. “Proses terdamparnya kerang di pantai ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak serta arah dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya