Kerajaan sedia perluas fungsi Tabung Kasih@HAWANA untuk pengamal media

Kerajaan sedia perluas fungsi Tabung Kasih@HAWANA untuk pengamal media

FAHMI Fadzil (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hapizah Aziz di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan berhasrat memperluaskan lagi skop sumbangan Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan untuk membantu pengamal media di negara ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan meneliti keadah dan cara terbaik untuk pengamal media.

“Hal ini kerana, kita dapati ada pengamal media yang terkesan dengan banjir. Jadi fungsi tabung ini akan diperluaskan (bantuan).

“Sumbangan pengamal media kepada masyarakat cukup besar dalam melaporkan satu-satu isu atau kejadian,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni bekas pemberita sambilan Utusan Malaysia Hapizah Aziz di Kampung Pintu Geng, di sini hari ini.

Fahmi memberitahu, sejak ditubuhkan dua tahun lalu Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah membantu seramai 291 pengamal media di negara.

Katanya, ia bertujuan menyantuni pengamal media yang telah bersara, uzur atau memerlukan bantuan.

“Selain itu, Tabung Kasih@HAWANA ini turut membantu mengamal media yang masih berkhidmat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya