Kerajaan sasar selesai 16 projek sakit seluruh negara

Kerajaan sasar selesai 16 projek sakit seluruh negara

Projek sakit
AHMAD Maslan menanam pokok jeliti air ketika melawat Ibu pejabat JKR Selangor dekat Seksyen 17, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan kesemua 16 projek sakit yang dikenalpasti di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu meliputi tiga peratus di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) yanng berpunca masalah kewangan dan pengurusan daripada pihak kontraktor yang dilantik.

“Kita menerusi JKR sememangnya ada memberi amaran kepada kontraktor terlibat atau membuat pelantikan baharu. Justeru, kita menyasarkan untuk sifar atau kosongkan semua projek sakit dan mahu menyelesaikannya tahun ini,” katanya pada sidang akhbar pada lawatan kerja rasminya di Ibu pejabat JKR Selangor, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak 16 projek sakit itu berpunca daripada pembinaannya yang terlewat 60 hari atau lewat 20 peratus dari jadual.

Ia antaranya melibatkan dua projek di Sabah dan merangkumi pelbagai projek antaranya pembinaan bangunan, cerun, jalan raya, jambatan dan sebagainya.

Jelasnya, hanya satu projek sakit yang dikenal pasti di Selangor melibatkan Klinik Kesihatan Timah Langat, Sepang.

“Ia dikategorikan sebagai projek bermasalah jika terlewat 20 peratus atau dua bulan dari tarikh yang ditetapkan,” ujarnya.

Katanya Ahmad lagi, sebanyak 20 projek Persekutuan di bawah JKR Selangor dikenal pasti bagi tahun ini.

“Ia meliputi pembinaan bangunan baharu dengan kos RM223.73 juta dan tujuh projek penyenggaraan bangunan bernilai RM 28.97 juta.

“JKR Selangor turut sedang melaksanakan 49 projek Persekutuan dengan kos RM1.09 bilion yang dalam peringkat meliputi pembinaan bangunan, jalan, cerun dan elektrikal,” jelasnya.

Berhubung projek infrastruktur banjir, Ahmad memberitahu, perkara melibatkan kawasan bencana ketika musim Monsun Timur Laut tahun lalu dijangka bermula pada bulan ini.

“Bermula Januari atau Februari ini, kita akan ada peruntukan untuk menyelesaikan terutama melibatkan jalan dan cerun. Namun, jumlah itu tidak termasuk banjir tahun ini seperti di Johor dan ia akan melibatkan perkiraan yang lain,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya