Kerajaan perluas penggunaan QR aplikasi MyBorderPass di pintu masuk antarabangsa lain

Kerajaan perluas penggunaan QR aplikasi MyBorderPass di pintu masuk antarabangsa lain

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kiri) bersama Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik semasa merasmikan Majlis Penyerahan Projek Membina Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kerajaan akan memperluaskan penggunaan kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyBorderPass untuk rakyat Malaysia di pintu masuk antarabangsa lain selepas ia diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Januari lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan itu melibatkan lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang, Kota Kinabalu (Sabah), Kuching (Sarawak) dan Langkawi (Kedah).

Menurutnya, ia merupakan satu langkah inovatif ke arah mempercepatkan pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekali gus memperbaiki imej negara khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 selain Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

“Sejak 21 hari sistem ini diperkenalkan oleh kerajaan ia telah memberi manfaat kepada seramai 150,000 pengembara warganegara Malaysia di KLIA.

“Pada masa sama, sepanjang tempoh itu sebanyak 500,000 pengguna telah memuat turun aplikasi tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Membina Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini.

Saifuddin Nasution memberitahu, aplikasi itu memberi kemudahan kepada pengembara yang hanya memerlukan tempoh tiga saat untuk melepasi sempadan negara.

Katanya, tahun ini JIM akan menambah 40 kaunter sistem pagar automatik (autogate) di KLIA bagi memudahkan urusan selain mengelakkan sebarang isu melibatkan integriti.

“Meskipun sistem pagar automatik digunakan di KLIA, JIM tetap akan membuka sebanyak lima hingga 10 kaunter manual untuk sebarang urusan ke luar negara,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum melaporkan, sistem baharu berasaskan kod QR itu bertujuan mempercepat proses pemeriksaan di kaunter imigresen, khususnya di KLIA sebagai usaha mengurangkan kesesakan.

Sistem itu akan membolehkan pengembara mengimbas kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya