Keputusan bedah siasat tiada unsur khianat manusia

Keputusan bedah siasat tiada unsur khianat manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat daripada lima bangkai kucing yang ditemukan mati di Universiti Malaya (UM) sejak 17 Disember lalu disahkan tidak melibatkan unsur khianat manusia.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, namun pihaknya masih menanti keputusan bedah siasat bagi satu lagi bangkai yang ditemukan semalam.

Katanya, penemuan dua bangkai kucing pada 17 Disember lalu telah memperoleh laporan pemeriksaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai gigitan anjing liar. 

“Dua lagi bangkai kucing yang mati pada 20 dan 25 Disember mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah pada bahagian dada yang telah mengakibatkan luka serta pendarahan di bahagian jantung. 

“Kesan kecederaan bagi bangkai kucing yang ditemukan pada 20 Disember mendapati tiga kaki terdapat kesan koyak dan patah tidak sekata serta tidak berpunca daripada sebarang objek tajam,” katanya pada sidang akhbar perkembangan kes tular kematian kucing di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Tambahnya, bangkai kucing yang ditemukan pada 25 Disember pula mengalami patah tulang rusuk kiri yang menyebabkan tusukan pada jantung, selain terdapat tiga kesan luka di bahagian perut.

“Sebanyak 11 rakaman percakapan telah diambil terdiri dari kalangan penuntut, pensyarah, polis bantuan, aktivis haiwan dan veterinar.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan bagi kes yang baru diterima semalam,” katanya. 

Jelasnya, bangkai kucing tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan bedah siasat. 

“Polis bersama pihak pengurusan UM akan berbincang bagi mengawal aktiviti dan jumlah anjing liar yang berkeliaran dalam premis berkenaan. 

“Selain itu, tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) setiap kejadian itu (secara spesifik) diperoleh dan hanya mengesan rakaman memaparkan keberadaan kumpulan anjing liar yang dianggarkan sehingga lima ekor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya