‘Kenapa perlu buat laporan polis terhadap KJ?’ - Utusan Malaysia

‘Kenapa perlu buat laporan polis terhadap KJ?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-undang mempersoal tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tidak membuat sebarang kesalahan dan hanya sekadar menyatakan pandangannya terdapat konspirasi dalam menyembunyikan titah adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Azalina sangat marah dengan KJ kerana mengatakan dia adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menyembunyikan addendum yang melibatkan Najib Razak.

“Kenapa buat laporan polis? Tiada apa-apa yang dikatakan KJ sebagai satu kesalahan. Ramai orang berkongsi pandangan itu. Saya pasti dia membuat pendapat itu dengan niat baik.

“Jika menteri berasa terkilan dengannya dan merasakan ia telah mencemarkan nama baiknya, dia boleh menyaman KJ kerana memfitnah. Untuk kepentingan awam, konspirasi memerlukan lebih daripada seorang menteri untuk terlibat dalam penyembunyian atau persembunyian secara terang-terangan,” katanya menerusi kenyataan dalam media sosial, hari ini.

Semalam, Setiausaha Politik kepada Azalina membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul.

Datuk Suraya Yaacob tampil berbuat demikian selepas melihat satu artikel di sebuah portal yang melaporkan Khairy mendakwa Azalina berkomplot menyembunyikan Titah Adendum.

Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, Suraya memberitahu bahawa kenyataan yang dibuat oleh Khairy itu tidak benar dan memburukkan imej Azalina sebagai menteri Kabinet.

Jelasnya, penggunaan perkataan ‘komplot’ adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak beretika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN