Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! galak peminjam bayar semula - Utusan Malaysia

Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! galak peminjam bayar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! bagi menggalakkan peminjam melaksanakan bayaran balik pinjaman secara konsisten pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam boleh menggunakan aplikasi web myPTPTN untuk membuat rundingan bagi pelan pembayaran fleksibel iaitu penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan mereka.

Jelasnya, PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNBolehBincang dan #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan berkaitan pinjaman dan bayaran balik dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang mudah, cepat dan selamat.

“Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! adalah kempen untuk menggalakkan lebih ramai peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka agar kelestarian dana pendidikan dapat diteruskan untuk generasi akan datang.

“Melalui kempen ini juga peminjam PTPTN yang memenangi hadiah wang tunai akan menerima tambahan kewangan yang secara tidak langsung membantu mereka membayar balik pinjaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang menggunakan aplikasi myPTPTN dan tempoh kempen bermula 1 Januari lalu sehingga 31 Mac ini.

Dalam pada itu, Ahmad Dasuki berkata, PTPTN menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 untuk 25 orang pemenang membolehkan pemenang menerima hadiah sebanyak RM1,000 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN.

Selain itu, katanya, kempen ini juga menawarkan kategori khas istimewa buat pelanggan baharu yang ke-2.5 juta berjaya memuat turun dan membuat pengesahan identiti di myPTPTN dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2,500 dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN.

“Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik pinjaman pendidikan dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh kempen untuk melayakkan peminjam mendapat 10 cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.

“Selain itu, pengguna myPTPTN yang baharu mendaftar dalam tempoh kempen layak mendapat 20 cabutan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya