Keluarga murid dipukul guru tuntut keadilan

Keluarga murid dipukul guru tuntut keadilan

SYAHMINA Mohd Azim (kanan) bersama anaknya, Amirul Akil Mohd Izzat Emir (tengah) dalam sidang akhbar di Bagan Serai semalam. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Keluarga seorang murid lelaki yang cedera akibat dipukul gurunya baru-baru ini mahu menuntut keadilan terhadap kejadian yang menimpa anak mereka

Syahmina Mohd. Azim, 39, ibu kepada murid yang didakwa dipukul oleh gurunya berkata, doktor menyifatkan kecederaan yang dialami anaknya serius, selain emosi anaknya sangat tidak stabil selepas kejadian tersebut.

Katanya, anaknya juga terpaksa mendapatkan rawatan doktor pakar dan proses pemulihan dijangka empat hingga lima bulan.

“Kami kecewa kerana tiada tindakan lanjut atau lawatan daripada sekolah mahupun Pejabat Pendidikan Daerah bagi melihat dan membincangkan kecederaan yang dialami anak saya,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, mereka memutuskan membawa perkara ini ke mahkamah dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kami turut berbincang untuk mendapatkan ganti rugi atas kecederaan yang dialami sehingga menyebabkan anak bongsu kami tidak dapat menjalani latihan dan mengikuti pertandingan sukan renang,” katanya.

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang murid didakwa dipukul guru sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan dibuat ibu murid itu yang mendakwa anaknya dipukul seorang guru lelaki pada 10 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya