Keluarga Eda Ezrin penyanyi yang ditahan di Golok harapkan keadilan

Keluarga Eda Ezrin penyanyi yang ditahan di Golok harapkan keadilan

MAHKAMAH Wilayah Narathiwat, Thailand kembali bersidang pada Ferbuari untuk kes Eda Ezrin, suami dan empat rakan selepas ditahan bersama dadah. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keluarga Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berharap peguam dilantik dapat membantu menegakkan keadilan terhadap penyanyi dialek Kelantan itu, suaminya serta empat lagi rakan yang sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand.

Ahli keluarga yang enggan dikenali turut berharap kesemua bukti dan saksi dapat dikemukakan oleh peguam tersebut sekali gus membantu melancarkan prosiding perbicaraan selama tiga hari bermula 11 Februari ini.

“Saya berharap ketiga-tiga peguam dapat membantu menegakkan keadilan kepada me­reka. Semoga prosiding perbica­raan pada Februari ini berjalan lancar dan telus dengan kesemua bukti dan saksi yang diperlukan untuk membantu kes tersebut dapat dikemukakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, keluarga Eda Ezrin turut berharap penyanyi itu dapat dibebaskan sebelum Ramadan dan mereka mahu menyambut bulan penuh berkat itu bersama-sama.

Katanya, keluarga yakin keadilan berpihak kepada Eda Ezrin dan semua yang terlibat berlandaskan kepada bukti-bukti sebelum ini.

“Apa-apun keluarga terus berdoa semoga urusan perbi­caraan ini lancar dan Eda Ezrin serta mereka yang terlibat dibebaskan,” ujarnya.

Eda Ezrin dan suaminya serta empat lagi rakan dilaporkan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat semalam atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Eda Ezrin, 30; suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama empat lagi tertuduh iaitu Eridieka Mohd. Noor, 33; Mohamad Alif Derama, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 36, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Bagaimanapun mereka tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan sendiri oleh Hakim Yuan Khao Kham di Bilik 9, Mahkamah Wilayah Narathiwat.

Khao Kham memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti kukuh bahawa mereka tidak memiliki kesemua dadah tersebut sebelum perbicaraan kes dijalankan bagi pertuduhan memiliki dadah.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini.
Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam yang dilantik oleh mereka.

Mahkamah kemudian me­netapkan 11,12 dan 14 Februari ini untuk perbicaraan kes. Hakim turut menetapkan awal Mac depan bagi prosiding jatuh hukum.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya