Keluarga anak ramai terbeban kenaikan - Utusan Malaysia

Keluarga anak ramai terbeban kenaikan

P. SELVARAJO (dua dari kiri) bersama pemandu bas sekolah daerah Hilir Perak ketika ditemui di Teluk Intan, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Keluarga yang mempunyai ramai anak bersekolah tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2025 mulai Februari ini.

Seorang wanita, Nadia Ahmad Ahpuat, 33, berkata, dia terbeban jika kadar tambang sekolah dinaikkan kerana tiga anaknya menggunakan perkhid­matan tersebut.

Menurutnya, ketika ini dia membelanjakan RM180 sebulan bagi tambas bas sekolah ketiga-tiga anaknya.

“Saya tidak bersetuju dengan kenaikan tambang bas walaupun antara RM5 hingga RM10 seorang murid. Jika anak tak ramai, mungkin tak kisah, tapi keluarga yang anak ramai akan rasa terbeban walaupun kenaikan sedikit.

“Bagi sesi persekolahan akan datang, seorang lagi anak saya akan bersekolah dan juga menggunakan perkhidmatan bas sekolah. Bermakna kos untuk tambang bas sahaja sudah membebankan.
“Saya hanya bekerja kilang dan rasa terbeban dengan kenaikan ini jadi saya berharap kerajaan mempertimbangkan isu ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Hilir Perak, P. Selvarajo berkata, kenaikan tambang itu perlu kerana pengusaha perlu menanggung kos minyak, pengelenggaraan kenderaan dan alat ganti yang semakin meningkat.

Menurutnya, namun dia menyerahkan kepada Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengenai kenaikan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2025 mulai Februari ini.

Katanya, ini kerana kadar kenaikan tambang bas sekolah itu antara RM5 hingga RM10 seorang, bergantung kepada persetujuan bersama antara pengusaha bas dan ibu bapa.

“Kami tiada sumber pendapatan lain selain daripada tambang yang dikenakan kepada murid yang menggunakan perkhidmatan kami dan dengan pelbagai kos berkaitan kenderaan yang meningkat, saya rasa kenaikan ini wajar.

“Namun kami sebagai pengusaha bas sekolah akan me­nunggu keputusan daripada kerajaan mengenai kenaikan kadar tambang ini selain bergantung perbincangan dengan ibu bapa murid,” katanya.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) tetap menaik­kan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2025 mulai Februari ini.
Presiden GPBSM, Mohd. Rofik Mohd. Yusof berkata, keputusan kadar tambang sepenuhnya terletak kepada perun­dingan dua hala (pengusaha bas dan ibu bapa), tanpa campur tangan kerajaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya